assalamualaikum wbt sekalian...
sesudah sekian lama aku menguatkan diri untuk menulis.. teringatkan page ini sudah lama sepi.. ye sepi.. tanpa apa2.. tanpa sepatah kata.. tanpa setitik tinta sekalipun.. ye aku masih disini.. masih wujud.. aku tau takkan ade yg akan membaca.. aku tau.. tapi biarlaa ini tempat utk aku meluahkan.. tiada lagi tempat lain untuk aku meluahkn.. tiada bahu untuk aku sandarkan.. tiada lagi... semuanya sudah berakhir... dengan BIG noktah yang wujud.. aku tau kau akan pergi jua akhirnya...
bermulanya cerita.........
bermulanya perkenalan atas dasar kawan. ku tau kau mempunyai komitmen tersendiri tapi dengan layananmu, tutur kata segalanya berubah.. daripada kawan kepada kekasih.. tapi hanya kekasih gelap.. kita pilih jalan ini. jalan yang gelap.. berkali ku tanyakan adakah benar ini yang kita lalui.. apakah benar apa yg kita lalui dan rasakan.. kau tetap mengiakan tanpa penafian. melayani aku sebagai seorang perempuan.. malah cinta kita makin hebat dan hangat.. kekasih gelap.. yang berkemungkinan akan terang.. tapi hanya terang bilamana hanya bersuluh tapi akan kembali gelap.. berterusan berkasih sayang.. hangat berkasih sayang dan bercinta.. adakah benar ianya cinta atau hanya nafsu semata-mata.. walaupun aku tau ianya bukan sepenuhnya untukku. aku tau ape yang kita ada adalah benar.. kita saling menyayangi.. ape yang kita lalui sungguh indah.. kenangan terindah buatku.. sangat indah.. takkan aku lupakan.. kaula yg kekasih gelapku yg pertama dan terakhir. aku menyayangi mu sebenar-benarnya.. takkan ku lupa kenangan indah kita bersama...
semakin lama.. keadaan makin berubah.. aku perlu pergi untuk menggapai cita2 yg hadir dikala aku tenggelam dengan cintamu... dengan hati berbicara 'mungkinkah dengan pemergianku kita akan makin mendekati' atau' kita makin menjauh'...? dan aku takut jika aku pergi aku akan kehilanganmu.. aku takut kita akan makin renggang dan menjauh.. aku takut kau lupakan aku.. aku takut kau akan terus membiarkan aku.. aku sangat takut waktu itu.. tapi kau meyakinkan aku untuk pergi menggapai cita-citaku.. pergi untuk masa depan.. pergi untuk yg lebih baik.. kau kata kau takkan melupakan aku.. kau kata kau akan menungguku.. kau berterusan memberikan aku semangat untuk aku meneruskan walaupun aku suarakan ketakutanku padamu.. aku sanggup untuk melepaskan cita-citaku untuk bersama denganmu. atas pujukanmu aku pergi dengan hati yg berat (dengan waktu yang sama konflik keluarga hadir). aku cuba adapt bila dikejauhan.. jauh dapipada family dan jauh darpadamu.. jarak memisahkan kita.. beribu batu.. tetapi walaupun jauh kita survive. kita dapat laluinya..
tapi sampai bile kita dapat bertahan berjauhan...dan apa yang aku takuti makin menjadi realiti. keadaan dan situasi bukan menjauhkan dan makin memisahkan kita bukan makin mendekatkan kita.. makin merenggangkan kita.. makin memisahkan kita.. kau pun makin berubah... kau berubah.. kau makin menjauh daripadaku.. kau pergi perlahan-lahan... dengan mula2 perhubungan makin kurang, tiada lagi salam selamat pagi.. tiada lagi kata semangat.. hanya berhubung sekadar bersyarat.. kau tau tak itulah kekuatan untukku meneruskan hidupku and hari-hariku.. kata-katamu menguatkan aku.. kata-katamu mendamaikan hariku.. tapi makin lama makin tiada.. tiada lagi salam, tiada lagi selamat pagi dan goodnitez.. tiada lagi sekuntum bunga merah...
cube untuk memahami keadaan mu.. tapi kurasakan keadaanmu tak berubah.. kerja, waktu adalah sama sebelum dan selepas aku pergi.. yang berubah hanyala dirimu.. sudah kebosanan denganku.. sudah hilang kasih sayangmu padamu.... langsung hilang lemah lembutmu padaku.. yang ada hanya hamburan kata2.. setiap kali aku memerlukan mu, kau tiada.. waktu ade kau membiarkan aku.. waktu ada kau tidak menendahkan aku... dana dengan setiap perhubungan itu akan ade pergaduhan.. akan diakhiri dengan air mata.. aku sakit... kau tak endahkan, hanya memikirkan diri sendiri.. kau jugak yang kata ini jalan yang kita pilih... aku hanya ade dirimu untukku.. aku hanya ada dirimu untukku sandarkan... kau makin pergi.. makin menjauh... daripada cinta timbul kebencian....
dan suatu masa, suatu waktu suatu hari ianya menjadi kenyataan.. ke pergi.. pergi untuk selamanya.. pergi dan takkan kembali... dengan tiba2 kau pergi.. disaat kritikal aku perlukan mu.. perlukan mu untuk kekuatanku... kau tetap pergi tanpa menunggu tanpa memikirkan keadaan dan situasi aku... kau tetap pergi.. aku merayu padamu untuk kembali, tapi kau tetap pergi.. kau meminta untuk meninggalkan segalanya.. segalanya itu termasuk aku.. dan satu ayat yang membuatkan aku makin remuk dan pecah.. perhubungan kita hanyalaa satu kesilapan buatmu.. dan membuatkan yg aku hanyala satu persinggahan dan permainan buatmu.. kau pun sama dengan lelaki- lelaki itu... pergi bila tiada lagi.. kau pernah kata takkan sakitkan aku takkan buat sebagaimana yang telah aku lalui.. tapi kau tetap melakukannya.. kau pergi....
aku cuba hidup tanpamu.. aku cuba hidup dan bernafas.. aku cube.. tapi tak boleh.. mana-mana aku lihat ku melihatmu.. mana aku pergi aku mendengarkan suaramu.. aku cube.. sampai gile aku cube untuk hidup.. mendengar suara-suara2 itu.. mendengar kata2 itu... aku cube untuk abaikan tapi aku tak kuat.. aku lemah... aku jatuh makin tenggelam... setiap malam ubat menjadi teman tidurku.. hanya tidur yang membuatkan aku tidak memikirkan mu... dan mungkin jika aku mati maka akan lenyaplaa segalanya... sampai suatu saat aku memikirkan mati menjadi jalan penyelesaian.. sampaila suatu hari, housemateku terjumpa aku tak sedarkan diri dan membawaku ke kembali.. segalanya masih kelam bagiku untuk meingatkan kembali ape yang terjadi.. yang aku tau aku terkurung dalam wad, tak terkira aku berapa hari.. yang aku tau malam dan siang adalah sama... aku dirawat, dikaunseling untuk kembali berfungsi... dan akhirnya yang gelap makin terang untukku.. aku kembali... tapi kau dimana,...? kau kata kau ada untukku...? tapi tiada...
aku kembali atas usahaku.. kau yang menyebabkan aku begini.. aku kembali untuk diriku.. aku tau kai takkan kembali... dan aku tau kau gembira.. sebab kau kata kau nak gembira.. kau nak senyum ikhlas.. aku doakan kau bahagia.. aku doakan kau bahagia atas kesedihanku... aku doakan kau dapat ape yang kau inginkan... aku cube untuk move on lagi.. aku cuba untuk teruskan hidupku.. aku cuba untuk kembali kuat... jika sekali lagi aku jatuh, mungkin takkan kembali lagi... aku tau kau makin gembira.. aku doakan begitu.. aku doakan kau bahagia... biarlaa terkubur kasih sayang dan cinta kita.. jika aku dah betul2 kuat nanti akan aku cube untuk hilangkan segalanya... aku doakan kau bahagia.. aku doakan kau temui ape yang kau inginkan....
Ya Allah kurniakanlaa kesejahteraan dan ketenteraman buatmu nun jauh disana...
aku doakan kau bahagia...
Terima kasih atas segala cinta dan kasih sayangmu buatku walaupun ianya palsu...
terima kasih atas segalanya...
aku menyayangi mu seadanya.....
🌹🌹🌹